sampai hatiiii prof zalia :O

ya Allah , macam sekejap je aku dah nak masuk 20an macam-macam aku lihat didunia nan indah ini .

assalamualaikum , hari ini ceria cuma gundah gulana dalam hati kecil seorang manusia . mengenangkan keadaan kesihatan yang semakin kecundang ke igauan . moga yang maha esa memberi aku sedikit lagi kesempatan untuk aku , hambanya yang lalai lagi hina ini untuk terus menyinggah di dunia miliknya .

penat rasanya untuk menelan ubat-ubatan yang seakan-akan hanya untuk menyedapkan hati orang-orang tersayang . walaupun dalam diam-diam tubuh ini tidak lagi mahu menerima kehadiran ubat-ubatan itu . terasa payah untuk menolak permintaan orang tersayang , kadang-kadang mata berkaca tak dapat dikawal dan terkadang berlinangan kedasar wajah .

sesaat tiba rasa pedih perit cuma Allah yang mampu mendengar rintihan hati ini , airmata gugur lagi . aku terkenang bila sampai masa , mampukah aku untuk mencapai segala cita-cita dan harapan yang lama aku bawa ini . sempat ke aku merasa untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang engineer dan seorang suami .

tingkatkan azam , tabahkan diri semoga mentari muncul lagi dan airmata berlalu pergi meninggalkan aku bersama kebahagiaan .

ececececece , aku kena dengan mamat hensem osem niiiiii ? hahahaha , saja nak tengok aku ni mampu tak lagi bersastera macam aku kat sekolah dulu . hebat juga aku ni , hahahahaha . haii semua ? rindu innnn ke idak ni ? mestiii ler kan kan kan ? i pun miss you lah :D korang nak tahu tak semalam aku rasa , ada orang tu manjaaa sangat dengan aku , eeee suka pule rasanya :D ehem , ini bukan topik sebenar , sebenarnya aku kena ugut :O *sila terkejut* si dia yang mengugut ini perempuan . o'ohhhhhhh . dia kata kan , dia kata kan , dia kata kan "sila hadirkan diri ke pejabat" <- yang ni di taip . yang ni pulak dia tulis "kalau tak saya tolak markah pembentangan" <- okay ini mesti prof zalia :O nasib baik suami dia askar . kalau tak , aku ugut dia balik . aku nak ugut macam ni -> "kalau prof tolak markah saya , saya tak nak masuk kelas dan saya pergi report kat hal ehwal pelajar yang prof ugut saya . nak tambah markah ke tak ? haaa ." hahaha , gurau aje lah . dulu time sekolah berani lah nak buat benda-benda terkutuk ni . sekarang tak hingin le teman , perlakuan menunjukkan kelakuan kan ? kelakuan menunjukkan persendirian .

okay lah ini aje setakat ni . nanti aku update lagi . see yaaa . AHLAN :D