biarpun belati tumpul menusuk-nusuk ketubuh , tak terasa pedihnya .
Assalamualaikum rakan sekalian ? acane harini ? sihat kah ? in sihat je , Alhamdulillah . pagi jumaat yang cerah kan harini , moga sampai ke petang lah cerah nya . InsyaAllah . marah betul in rasa kat prof baru yang tahu apa-apa tu . dia tak ada hal nak mempersoalkan apa-apa pun tentang in .
semalam in si hensem , hir si hodoh , azza , nisa , kucai si buruk dengan shamimi shallet senior LS lepak kat kafe , lepak punya lepak . datang pulak azman senior LS cakap kat kitorang "untung lah miss shallet nak lepak dengan korang , aku ajak blind date langsungg tak pandang dee" , in gelakkk je . then azza kata "tu wajib , nak-nak lagi azza ada lagi la cik shallet nak lepak . hahah . eh , takkan man sangkut kut" then baru in sampuk "cik shalletttttt , dia fall in love lah pulak . hahahhaha" (stop kejap) <-lepas je in cakap in terus bangun dan lari dari azman , azman pulak kejar . lagi laju lah aku lari . azman jerit "hoi budak , kureng" . lari punya lari , aku terlanggar seseorang perempuan <- tak ada drama hindustan eh kene tiup angin ke terlanggar kepala ke takada eh . dia membebel "apa hal ni tak ada mate ke , nak cepat sangat ni kejar apa tototototototo" in apa lagi keluarkan sapu tangan then tutup mulut dia , lepas azman blah baru in lepaskan <- tak ada tersentuh bagai semua , xada . then in cakap "sorry , saya in . budak PE sem 2 . maaf eh . eh awak amek la tuala ni , nanti dah basuh baru bagi balik . ada lipstik tu eee" in terus blah .
pagii tadi prof gazali masuk bawak budak semalam tu , dia cakap "okay student , ini Cik ****a** prof yang akan mengganti saya selama saya tiada kat sini . goodluck for all student ." GLUPPPP ! errr (stop) eeeeeee , mati aku mati aku mati aku mati aku mati aku . then masa suai kenal . dia cakap macam ni "saya lagi suka mula dengan student lelaki , so siapa nak mula ." in tundukkkkkkkkk je , diammm . "haa yang tengah tu , baju kemeja polo T biru ." (stop) apahal lah dia jadi prof in , pergi ah mengajar budak lainnnnnn . in bangunnnnn lah .dia kata "good , teruskan ." in cakap "nama saya in , nama penuh muhammad azharin syah muszaffar syah . tu nama saya je , xada nama ayah . saya lahir kat melaka , membesar kat kuantan dan menetap kat KL" dia tanya "so , orang KL ni memang tak ada adab ke ?" in balas lah "hah ? " dia cakap , lantang suara dia "saya tanya awak ni , budak-budak KL memang tak ada adab ke ? tahu tak adab tu apa ?" in jawab "lain orang laen cara dia berfikir prof" dia pergi kat beg dia "ni tuala awak ?" in diam , dia kuat kan suara "ini tuala awak ke ?" in cakap "haaa ye , saya punya" (stop) lepas ni yang airmata aku bertakung je ni . "mak ayah awak ada ajar awak tak macam mana nak beradab dengan perempuan ?" in diamm , then hir angkat tangan dan dia bangun . dengan sempoiiinya dia cakap "ada dua benda yang prof tak boleh tegur kat kawan baek saya ni . satu , prof jangan cakap shahrizal jaszle lagi hensem dari dia . dua , prof jangan sekali-kali cakap pasal mak ayah dia . saya tegur prof aje ni ." dia kerek pulak "satu benda awak jangan buat dalam kelas saya , jangan nak mengajar saya . apahal saya tak boleh cakap pasal mak ayah dia . mak ayah dia menteri ke ? dato ? hah ? awak dapat biasiswa kan ? " in diammm lagi "saya tanya awak mak bapak awak siapa !" then in bersuara "saya tak kacau mak bapak prof pun semalam , saya mintak maaf dah semalam . saya ingat prof student baru ." dia cakap lagi "betullah mak ayah awak tak ajar awak , saya tanya laen " time ni tak boleh tahan tapi kucai pegang tangan aku , kucai pulak cakap "sudah lah prof , jangan nak bergaduh lagi . hormat lah orang laen . ni first time ..." in potong "abah saya bukan siapa-siapa , mama saya pun sama . dorang tak ada pangkat besar tapi jasa dorang cukup besar . mama abah ajar saya dengan cukup baik , sampai saya reti nak hormat mak ayah orang lain . mungkin saya tak baek , tapi bukan salah dorang . jangan salah kan dorang . prof , kalau saya jadi ayah prof saya tak bangga langsung ada anak macam prof . 2minggu ni saya takkan tengok prof sampai prof gazali balik . prof , mama abah saya bukan kat sini , dorang jauhh . jauh sangat . dorang dah tak ada . terima kasih prof . prof buang je tuala tu , saya dah taknak . sebab prof dah pegang . saya takut saya jadi macam prof " aku terus keluar dari kelas tu .
tadi kucai cakap , dia nak jumpa aku . aku taknak . takkan sampai bila pun . hal mak ayah ni sensitif , kalau awak takkenal saya . jangan sesekali sentuh hal peribadi saya . mak ayah kenangan saya , dan kenangan itu hal peribadi seseorang . Ahlah :)