bila aku tersedar .

Assalamualaikum semua , sihat ? alhamdulillah , harini in dapat menaip lagi . berkongsi sesuatu dalam hidup in bersama dengan awak - awak yang manis dan hensem serta osem semua :D moga Allah S.W.T meleraikan kekusutan dan memberi keceriaan kat hati kita hari ni , InsyaAllah . pagi ni , in bangun pukul 5.15 <-- aikk, awal kau bangun in ? semalam aku tidur lena kot :D bangun je terus pergi mandi , segarkan badan . sementara tunggu nak solat subuh berjemaah , in duduk kat birai katil asrama yang tak empuk tapi cukup membuat nafsu berkeladak nak membute .

"kenapa kau ni susah betul nak dengan cakap abah , tengok badan ni dah berbirat-birat" <-- along cakap kat aku , masa sapu ubat kat belakang aku . lepas kene libas dengan tali pinggang abah yang pure kulit , along nyaris kena sebab nak pertahan kan aku <-- along satu-satu nya kakak aku , sayangnya along kat angah kan . orang kata anak lelaki sulung memang macam over dose sikit , tapi itu yang paling mak ayah sayang sebenarnya <- mama memang sayang aku tapiii abah ? kadang-kadang aku tak sedar , abah pukul sebab abah lah yang paling sayang . dia tak nak tengok anak dia rosak dan tak functionnnn .

masa kecik-kecik dulu , abah selalu bawa aku pergi maen bola . abah selalu tanya aku "anak abah ni , dah besar nak jadi apa ? " dan tak malu aku nak bagitawu korang yang aku jawab  "dah besar nanti abang nak jadi macam abah , abang sayang abah " bila aku masuk je sekolah , abah mula jauh dari aku . aku mula mencari kawan - kawan dan meninggalkan hubungan erat aku dengan abah . bila aku tersedar dari lamunan dek kerana suara dua budak tak hensem tu , aku sedar aku orang yang paling rindukan babah .
semalam aku rasa laen , aku rasa aku jumpa sesuatu bila aku kata rupa aku macam arwah babah . "patut lah mama suka abah , abah hensem" <- sebab tu lah dia suka aku , aku hensem ;O hihiii <3

seuntai kata untuk dirasa , secebis memori untuk diingati . AHLAN :D