" Abang , bilaa nak jemput Imi ? Imi dah rindu dah ni . Imi janji tak nakal lagi, jemput imi.. " rasa macam terngiang-ngiang lagi suara Hakimi kat telinga aku, rasa bersalah masih bersama aku. Tatkala aku bersendirian, aku hanya diselubungi rasa bersalah yang teramat. Kalau lah aku pergi jemput dia kat sana, mesti aku dah dapat tengok die membesar.. Aku dapat dengar dia panggil aku lagi, jauh disudut hati aku, aku sangat merindukan Imi. Teringat lagi masa Imi merajuk nakkan kereta mainan aku, sampai demam-demam dia. Memang salah aku. aku kehilangan Hakimi :'( tunggu abang !
" Aku taknak tengok kau, kau jangan jejak kaki kau kat kampong lagi ! aku tak suka kau ! " ini balasan yang aku dapat selepas bertahun-tahun aku bela dorang. Aku masih terfikir, kenapa dorang buat macam tuh. Kenapa dorang mudah mempercayai pakcik dorang yang baru dua tiga hari dorang kenal? Luka kat hati aku tak terubat lagi. Macam mana dorang tergamak buat macam tuh kat abang kandung sendiri. Hati aku dah maafkan dorang tapi aku masih tidak boleh terima kalau dorang nak hadir kembali dalam hidup aku. maaf lah !
" Kau lah debab ! " ayat yang kau akan balas tiap kali aku cakap kau debab. Kan kan? hahaha. Kau selalu hiburkan hati aku dengan perangi kau yang sengai tak ingat tuh. HAHAHA ! aku doakan kau bahagia dengan abang kau tuh. Eyh, aku sayang kau :) terima kasih !
" Bukan doktor yang tentukan hidup mati kita " aku tahu tu, tapi aku kena bersedia dengan apa pun kemungkinan. macam macam boleh jadi kan? tapi tak apa, aku terima nasihat kau tuh. Semoga bahagia dengan Dia :) sayang kau :D terima kasih !
" Azharin syah. Kenapa cakap macam tuh? " ini soalan yang kau selalu tanya aku, kalau kau nak tahu lah. Aku tahu kau tak ingat punya. Hahaha, kau bukan kesah sangat pasal aku. Tak apa, iloveyou <3 haha ! terima kasih !